KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Johari Tun Abang Haji pada malam Ahad telah nengadakan pertemuan dengan menteri-menteri Persekutuan, ahli-ahli parlimen dan senator-senator GPS sempena sidang parlimen yang sedang berlangsung.
Pertemuan tiga jam setengah tersebut bertujuan sebagai perkongsian maklumat mengenai beberapa perkara yang melibatkan dasar-dasar Kerajaan GPS dan hak-hak Sarawak yang mungkin dibawa untuk pembentangan dan perbahasan di Parlimen.
Antara yang hadir Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri, Timbalan-Timbalan Menteri, Peguam Besar Sarawak, Datu Saferi Ali dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel.